Sunday 6 November 2011

makro ekonomi:bab 4

BAB 4 : PERANAN WANG DALAM EKONOMI

ANALISA SOALAN

BAHAGIAN
A
B
C
D
2000
45 - 47
2
-
-
2001
44 - 48
5


2002
14 - 18
33, 34, 35, 36
-
43
2003
14 - 18
5
-
-
2004
13 - 18
5
12
13
2005
14 - 18
4
-
14
2006
13 - 16
6
11

2007
11 - 15
4
11
-
2008
18 – 21
5, 6
-
14
2009
16 - 19



2010




1.                 Definisi wang

1.     Satu benda yang diterima umum oleh orang ramai sebagai alat perantaraan pertukaran untuk aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.
2.                 Kelemahan sistem barter

1.     masalah kehendak serentak
-         berlaku kerana keinginan dan kehendak berbeza

2.     masalah menentukan nilai
-         masalah berapakah kadar pertukaran antara kedua-dua barang.
3.     kesukaran membahagikan kepada unit yang lebih kecil
-         tidak boleh dibahagikan kepada unit-unit yang kecil

4.     masalah menyimpan nilai
-         mudah rosak

3.                 Ciri – ciri wang

1.     Diterima umum
-         Diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran

2.     Penawaran terhad
-         Mestilah terhad. Jika tidak menjejaskan kestabilan nilai wang

3.     Kestabilan nilai
-         Mesti mempunyai nilai yang stabil. Jika tidak orang ramai hilang kepercayaan terhadap wang.

4.     Mudah dibahagi kepada unit yang kecil
-         Boleh dibahagikan kepada RM1, RM5, dan RM10

5.     Mudah dibawa
-         Bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana

6.     Tahan lama
-           Mempunyai sifat tahan lama berbanding barang seperti sayur-sayuran.


4.                 Jenis – jenis wang

1.     Wang sah/Fiat
-                                                                   Diperakui oleh kerajaan dan merupakan matawang negara. Contohnya RM5, RM1.

2.      wang tanda
-                                                                  Nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai sandarannya. Contohnya wang syiling 50sen mempunyai nilai logam yang kurang daripada  nilai mukanya.

3.      wang hampir
-                  Boleh ditukarkan dalam bentuk tunai dengan mudah. Contoh sijil boleh niaga, deposit tetap, dan sekuriti kerajaan jangka pendek.

4.      wang panggilan
-                                                                  Harta cair sebuah bank perdagangan. 

5.                 Nilai wang

·        Nilai wang ialah kuasa beli wang untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan  dan ditentukan oleh tingkat harga umum.
·        Apabila tingkat harga umum naik nilai wang  akan mengalami kemerosotan.
·        Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga.
·        Nilai wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga.

·        Contoh pengiraan nilai wang;

Indeks harga tahun 1990 = 100
Indeks harga tahun 1991 = 120

Indeks nilai wang tahun 1991 = Indeks harga 1990   X   100
                                          Indeks harga 1991

                                            = 100  X  100
                                               120
             
                                           =  83.33

Perubahan nilai wang pada tahun 1991   =  Indeks nilai wang 1991 – 100   X  100
                                                                           100

                                                     =  83.33 – 100  X 100
                                                                100

                                                     =  -16.67%

Ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% pada tahun 1991.


6.                 Fungsi wang

1.     alat perantaraan pertukaran
-            wang bertindak sebagai alat perantaraan dalam jual beli.

2.     Alat pengukur nilai
-            Dengan adanya wang kita dapat mengukur nilai sesuatu barang dengan mudah.

3.     Alat penyimpan nilai
-            Wang dapat menyimpai nilai dan tahan lama.

4.     Alat bayaran tertunda
-            Urusniaga dilakukan denganmelalui bayaran tertunda. Iaitu memperoleh barangan dan
      membayarnya kemudian.

No comments:

Post a Comment