Sunday 27 November 2011

Hakikat sambutan maal hijrah



Jom Belajar Hijrah Rasulullah!

Assalamualaikum Warahmatullah,
Maal Hijrah..dulu masa  kecil saya dengar orang sebut awal muharram..tv pun sebut macam tu jugak,,,,Bila menjelma sahaja maal hijrah orang islam yang menghayati erti maal hijrah  mula memasang azam baru untuk berubah,mula  insaf dan macam-macam lagi,tetapi yang berfikiran sekular tak tahu pun erti maal hijrah,yang mereka tahu nak sambut tahun awal tahun masehi dan ada yang sibuk pasang azam baru lebih dari puak-puak kristian.

Tapi yang paling menarik pada bulan ni orang kampung saya mula memasak bubur asyura,best juga masa dulu-dulu bila ramai-ramai pakat memasak bubur asyura.Saya ingat lagi masa saya kecil disurau kampung kami akan  memasak bubur asyura,kami tadah daun pisang sebagai pinggan dan potong daun nenas buat sudu.Kami berebut-rebut makan bubur asyura.Masyarakat kampung seolah-olah menganggap memasak bubur asyura sebagai satu ibadat, dan dikaitkan pula dengan kisah nabi nuh selepas banjir besar.Saya masih ingat, kalau nak masak bubur asyura mestilah selepas 10 Muharram,kalau lain daripada bulan tu tak boleh sebut bubur asyura,tak baik kata orang tua-tua.Sekarang saya faham sebenarnya amalan tersebut langsung tidak ada dalam ajaran islam,ntah dari mana datangnya kepercayaan tu saya pun tidak tahu.Tapi biasalah orang melayu kadang-kadang bukannya pandai membezakan antara tuntutan islam dengan adat melayu.

Namun kita lupakan semua itu,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya,Saya tsebenarnya lebih tertarik untuk berkongsi cerita berkenaan kisah-kisah yang berlaku semasa hijrah Rasulullah saw.

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara

Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Eh, kita tahu tak?

Tahukah kita tatkala Rasulullah membuat satu perjanjian yang bernama Bai'atul Aqabah yang menjadi permulaan kepada titik hijrah.

Tahukah kita kisah Abu Salamah, Suhaib Ar-Rumi yang menghadapi kepayahan dan kesusahan semata-mata mahu berhijrah kerana Allah dan RasulNya.

Tahukah kita kepada persidangan parlimen Mekah di Darul Nadwah yang disertai Iblis, yang membuat resolusi untuk membunuh Rasulullah SAW.

Tahukah kita strategi Rasulullah yang mendatangi Abu Bakar ketika panas siang hari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah.

Tahukah kita ketika Allah menghancurkan tipudaya orang-orang musyrikin yang mengepung rumah baginda lalu baginda berdoa dan menaburkan pasir.

Tahukah kita cabaran Saidina Umar ketika mengisytiharkan hijrahnya.

Tahukah kita strategi perjalanan Rasulullah dari Mekah --> Gua Thur --> Pantai Laut Merah --> Madinah

Tahukah kita kepada peristiwa Abu Bakar menahan kesakitan sengatan binatang berbisa semasa di Thur.

Tahukah kita kepada tentera-tentera Allah yang mengabui mata tentera musyrikin di muka pintu gua.

Tahukah kita kepada pemandu jalan yang musyrik bernama Abdullah Bin Uraiqit.

Tahukah kita kepada kisah Suraqah Bin Malik yang dijanjikan gelang Kisra Bin Hermaz, raja parsi.

Tahukah kita peristiwa perletakan batu asas masjid pertama dalam sejarah Islam di Quba'.

Tahukah kita pada bait-bait syair TalaalBadru Alaina yang menjadi penyambut ketibaan Rasulullah.

Tahukah kita pada peristiwa unta rasulullah yang memilih tempat berteduh Rasulullah dengan menjadi tetamu Abu Ayyub Al-Ansari.

Tahukah kita bahawa Yathrib bertukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah.

Sesungguhnya hijrah Rasulullah saw sebagai satu ujian kasih sayang hamba kepada Allah dan RasulNya.

Hijrah diri sendiri ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment