Sunday 27 November 2011

Hakikat sambutan maal hijrah



Jom Belajar Hijrah Rasulullah!

Assalamualaikum Warahmatullah,
Maal Hijrah..dulu masa  kecil saya dengar orang sebut awal muharram..tv pun sebut macam tu jugak,,,,Bila menjelma sahaja maal hijrah orang islam yang menghayati erti maal hijrah  mula memasang azam baru untuk berubah,mula  insaf dan macam-macam lagi,tetapi yang berfikiran sekular tak tahu pun erti maal hijrah,yang mereka tahu nak sambut tahun awal tahun masehi dan ada yang sibuk pasang azam baru lebih dari puak-puak kristian.

Tapi yang paling menarik pada bulan ni orang kampung saya mula memasak bubur asyura,best juga masa dulu-dulu bila ramai-ramai pakat memasak bubur asyura.Saya ingat lagi masa saya kecil disurau kampung kami akan  memasak bubur asyura,kami tadah daun pisang sebagai pinggan dan potong daun nenas buat sudu.Kami berebut-rebut makan bubur asyura.Masyarakat kampung seolah-olah menganggap memasak bubur asyura sebagai satu ibadat, dan dikaitkan pula dengan kisah nabi nuh selepas banjir besar.Saya masih ingat, kalau nak masak bubur asyura mestilah selepas 10 Muharram,kalau lain daripada bulan tu tak boleh sebut bubur asyura,tak baik kata orang tua-tua.Sekarang saya faham sebenarnya amalan tersebut langsung tidak ada dalam ajaran islam,ntah dari mana datangnya kepercayaan tu saya pun tidak tahu.Tapi biasalah orang melayu kadang-kadang bukannya pandai membezakan antara tuntutan islam dengan adat melayu.

Namun kita lupakan semua itu,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya,Saya tsebenarnya lebih tertarik untuk berkongsi cerita berkenaan kisah-kisah yang berlaku semasa hijrah Rasulullah saw.

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara

Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Eh, kita tahu tak?

Tahukah kita tatkala Rasulullah membuat satu perjanjian yang bernama Bai'atul Aqabah yang menjadi permulaan kepada titik hijrah.

Tahukah kita kisah Abu Salamah, Suhaib Ar-Rumi yang menghadapi kepayahan dan kesusahan semata-mata mahu berhijrah kerana Allah dan RasulNya.

Tahukah kita kepada persidangan parlimen Mekah di Darul Nadwah yang disertai Iblis, yang membuat resolusi untuk membunuh Rasulullah SAW.

Tahukah kita strategi Rasulullah yang mendatangi Abu Bakar ketika panas siang hari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah.

Tahukah kita ketika Allah menghancurkan tipudaya orang-orang musyrikin yang mengepung rumah baginda lalu baginda berdoa dan menaburkan pasir.

Tahukah kita cabaran Saidina Umar ketika mengisytiharkan hijrahnya.

Tahukah kita strategi perjalanan Rasulullah dari Mekah --> Gua Thur --> Pantai Laut Merah --> Madinah

Tahukah kita kepada peristiwa Abu Bakar menahan kesakitan sengatan binatang berbisa semasa di Thur.

Tahukah kita kepada tentera-tentera Allah yang mengabui mata tentera musyrikin di muka pintu gua.

Tahukah kita kepada pemandu jalan yang musyrik bernama Abdullah Bin Uraiqit.

Tahukah kita kepada kisah Suraqah Bin Malik yang dijanjikan gelang Kisra Bin Hermaz, raja parsi.

Tahukah kita peristiwa perletakan batu asas masjid pertama dalam sejarah Islam di Quba'.

Tahukah kita pada bait-bait syair TalaalBadru Alaina yang menjadi penyambut ketibaan Rasulullah.

Tahukah kita pada peristiwa unta rasulullah yang memilih tempat berteduh Rasulullah dengan menjadi tetamu Abu Ayyub Al-Ansari.

Tahukah kita bahawa Yathrib bertukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah.

Sesungguhnya hijrah Rasulullah saw sebagai satu ujian kasih sayang hamba kepada Allah dan RasulNya.

Hijrah diri sendiri ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

Sunday 6 November 2011

Sedikit renungan dan peringatan tentang neraka part 2


Rupa Ahli Neraka
Didalam al-Quran diterangkan dengan jelas bahawa bentuk wajah ahli neraka sudah kelihatan terhina sejak datangnya hari kiamat kelak. Ini akibat dari kekufuran dan berbagai dosa yang telah dilakukan selama hayatnya di muka bumi ini. Walaupun dahulu ketika di dunia mereka mempunyai wajah yang hensem, lawa dan menawan, tetapi di akhirat nanti wajah mereka segera bertukar menjadi hina dan hodoh.
Ini kerana mereka tidak mahu beriman, tidak pernah mendirikan solat, tidak pernah berpuasa dan tidak pernah melakukan apa jua ibadah. Wajah mereka menjadi hitam melegam, hangus dan kelihatan muram seperti ditiup debu. Ini bukannya suatu yang karut dan berlebihan tanpa bukti tetapi ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dibohongi atau diragukan lagi. Sebab Allah sw berfirman di dalam al-Quran:
Banyak muka pada hari kimat tunduk terhina (al-Ghasiyah:2)
Ingatlah akan hari yang di waktu itu ada muka menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam muram. Dikatakan kepada mereka orang-orang yang wajahnya menjadi hitam dan muram ‘kenapa kamu kafir selepas kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu (Ali Imran)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
Dan banyak pula wajah pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka (Abasa:40-42)

NAMA-NAMA NERAKA BESERTA AHLINYA

Nama - Nama Neraka

Al-Quran mengemukakan dengan jelas bahawa neraka itu mempunyai nama - nama yang sendiri. Ia mempunyai lapan nama iaitu:

Neraka Jahanam
Bukankah dalam neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang kafir? (al-ankabut:68)
Dan kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga (Maryam:86)
Katakanlah api neraka Jahanam itu lebih panasnya (At Taubah: 81)
Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sebenar-benarnya (At Thur:13)
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan dosa, maka neraka Jahanam baginya. (Tahaa:74)
Dan kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali (An Nisa: 115)



Neraka Jahim
Nama neraka yang kedua ialah Jahim juga banyak disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:
Dan Allah memelihara mereka daripada azab neraka (Al-Dukhan: 56)
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim (At Takathur:6)

Neraka Hawiyah 
Allah swt telah menyebut dalam ayat al-Quran surah al-Qariah:
Dan orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka Hawiyah dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas (al-Qariah:8-11)

Neraka Wail
Firman Allah swt mengenainya:
Dan kecelakaan (wail) bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih (Ibrahim: 2)
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, Yang mereka itu lalai dari solatnya. (Al-Ma’un:4-5)
Lalu beberapa golongan berselisihan faham sesama mereka akan malanglah orang-orang yang tidak mempercayai akan menemui hari yang dasyat (Maryam: 37)
Masih banyak ayat-ayat al-Quran menyebut mengenai sebab jelas orang yang masuk neraka Wail ialah orang yang celaka, bahkan celaka secelakanya.
Neraka Sa’ir 
Nama Neraka yang kelima ini banyak disebutkan dalam al-Quran. Di antaranya sebagaimana firman Allah:
Dan kami sediakan bagi mereka neraka yang menyala-nyala (Al-Mulk: 5)
Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fathir: 6)
Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala yakni neraka (al-Ahzab:64)
Dan barang siapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami menyediakan untuk orang-orang lafir neraka yang menyala-nyala. (Al-Fath:13)

Neraka Ladha
Sebagaimana firman Allah swt:
Sesekali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu ialah api yang bergelojak, yang mengelupas kulit kepala (Al-Ma’arij:15-16)

Neraka Saqar
Sebagaimana disebut dalam al-Quran:
Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat (Al-Muddathir;42-43)

Neraka Khutomah
Firman Allah swt:
Dan tahukah kamu apakah khutomah itu? Iaitu api yang disediakan  Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati (Al-Humazah: 5-6)

Dua golongan penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.H.R. Muslim

makro ekonomi:bab 4

BAB 4 : PERANAN WANG DALAM EKONOMI

ANALISA SOALAN

BAHAGIAN
A
B
C
D
2000
45 - 47
2
-
-
2001
44 - 48
5


2002
14 - 18
33, 34, 35, 36
-
43
2003
14 - 18
5
-
-
2004
13 - 18
5
12
13
2005
14 - 18
4
-
14
2006
13 - 16
6
11

2007
11 - 15
4
11
-
2008
18 – 21
5, 6
-
14
2009
16 - 19



2010




1.                 Definisi wang

1.     Satu benda yang diterima umum oleh orang ramai sebagai alat perantaraan pertukaran untuk aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.
2.                 Kelemahan sistem barter

1.     masalah kehendak serentak
-         berlaku kerana keinginan dan kehendak berbeza

2.     masalah menentukan nilai
-         masalah berapakah kadar pertukaran antara kedua-dua barang.
3.     kesukaran membahagikan kepada unit yang lebih kecil
-         tidak boleh dibahagikan kepada unit-unit yang kecil

4.     masalah menyimpan nilai
-         mudah rosak

3.                 Ciri – ciri wang

1.     Diterima umum
-         Diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran

2.     Penawaran terhad
-         Mestilah terhad. Jika tidak menjejaskan kestabilan nilai wang

3.     Kestabilan nilai
-         Mesti mempunyai nilai yang stabil. Jika tidak orang ramai hilang kepercayaan terhadap wang.

4.     Mudah dibahagi kepada unit yang kecil
-         Boleh dibahagikan kepada RM1, RM5, dan RM10

5.     Mudah dibawa
-         Bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana

6.     Tahan lama
-           Mempunyai sifat tahan lama berbanding barang seperti sayur-sayuran.


4.                 Jenis – jenis wang

1.     Wang sah/Fiat
-                                                                   Diperakui oleh kerajaan dan merupakan matawang negara. Contohnya RM5, RM1.

2.      wang tanda
-                                                                  Nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai sandarannya. Contohnya wang syiling 50sen mempunyai nilai logam yang kurang daripada  nilai mukanya.

3.      wang hampir
-                  Boleh ditukarkan dalam bentuk tunai dengan mudah. Contoh sijil boleh niaga, deposit tetap, dan sekuriti kerajaan jangka pendek.

4.      wang panggilan
-                                                                  Harta cair sebuah bank perdagangan. 

5.                 Nilai wang

·        Nilai wang ialah kuasa beli wang untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan  dan ditentukan oleh tingkat harga umum.
·        Apabila tingkat harga umum naik nilai wang  akan mengalami kemerosotan.
·        Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga.
·        Nilai wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga.

·        Contoh pengiraan nilai wang;

Indeks harga tahun 1990 = 100
Indeks harga tahun 1991 = 120

Indeks nilai wang tahun 1991 = Indeks harga 1990   X   100
                                          Indeks harga 1991

                                            = 100  X  100
                                               120
             
                                           =  83.33

Perubahan nilai wang pada tahun 1991   =  Indeks nilai wang 1991 – 100   X  100
                                                                           100

                                                     =  83.33 – 100  X 100
                                                                100

                                                     =  -16.67%

Ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% pada tahun 1991.


6.                 Fungsi wang

1.     alat perantaraan pertukaran
-            wang bertindak sebagai alat perantaraan dalam jual beli.

2.     Alat pengukur nilai
-            Dengan adanya wang kita dapat mengukur nilai sesuatu barang dengan mudah.

3.     Alat penyimpan nilai
-            Wang dapat menyimpai nilai dan tahan lama.

4.     Alat bayaran tertunda
-            Urusniaga dilakukan denganmelalui bayaran tertunda. Iaitu memperoleh barangan dan
      membayarnya kemudian.

Nota ekonomi asas tingkatan 5

C. KESAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA

i)     Kesan Pergantungan dari segi Pendapatan Negara
a)    Turun naik harga komoditi
·         Harga komoditi utama tidak stabil menyebabkan
      pendapatan negara terjejas
b)    Daya pengeluaran yang rendah
·         Pengeluaran komoditi utama semakin merosot kerana penggunaan teknologi terhad
c)   Persaingan daripada barang tiruan
·         Penggunaan getah boleh diganti dengan getah sintetik
·         Permintaan getah anjal,harga naik,pendapatan negara jatuh

ii)   Kesan Pergantungan dari segi Guna Tenaga
a)  Pelaburan yang kurang
·         Penurunan pendapatan negara
·         menjejaskan peluang pekerjaan baru.
 b) Penghijrahan penduduk desa ke bandar
·         Upah yang rendah dan tidak stabil menyebabkan
            Buruh berhijrah ke bandar atau sektor lain
 c)  Peningkatan guna tenaga dalam sektor lain
·         pelabur akan beralih ke sektor lain yg memberi pulangan yg baik.

Catatan
D. FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA
i)    Langkah mempelbagaikan ekonomi
·        Kerajaan membangunkan sektor perindustrian
·        Contoh Sektor perkilangan menjalankan industri memproses keluaran pertanian

ii)   Galakan industri penggantian import
·        Pelabur swasta digalakkan mendirikan kilang-kilang yang berasaskan barangan pengguna seperti makanan,dan minuman
·        tidak perlu lagi mengimport dari negara lain

iii)  Kehausan sumber-sumber Asli Negara
·         Kerajaan mengehadkan aktiviti cari gali bagi mengelakkan kepupusan sumber

v)   Peningkatan dalam Pendapatan dan taraf hidup tinggi penduduk
·         Pendapatan yang tinggi menyebabkan kewujudan kuasa beli
·         Memberi ruang kepada sektor pembuatan untuk berkembang

E.   KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA
1. Pelaburan asing meningkat
2. Perkembangan sektor perkilangan
3. Perkembangan sektor perkhidmatan
4. Peluang pekerjaan meningkat
5. Pendapatan negara meningkat
6. Taraf hidup lebih baik


SOALAN STRUKTUR
  1. Mengapakah harga komoditi utama tidak stabil?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

  1. Pergantungan kepada sektor utama menjejaskan peluang pekerjaan.
Berikan dua sebab yang menyebabkan berlakunya keadaan diatas.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

  1. Nyatakan dua sumber asli Malaysia yang semakin pupus

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________


             SOALAN ESEI

1.    Pergantungan kepada sektor utama membawa pelbagai implikasi kepada guna tenaga. Jelaskan                                         ( 9m )
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________