Friday 4 November 2011

Bab 1:sistem-sistem ekonomi


CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI

Ciri-ciri
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Milikan Sumber
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber.
Kerajaan sahaja yang memiliki sumber.
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Tuhan memiliki sumber. Manusia menjadi pemegang amanah sahaja.


Pilihan
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan.
Kerajaan sahaja yang membuat pilihan.
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Pembuat Keputusan
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan.
Kerajaan sahaja yang membuat keputusan.
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Penentuan Harga
Harga ditentukan oleh mekanisme harga.
Kerajaan sahaja yang menentukan harga.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Persaingan
Isi rumah dan firma bebas bersaing.
Tidak wujud persaingan.
Isi rumah dan firma bebas bersaing dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas bersaing secara adil dan saksama dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Motif
Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum.
Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum.
Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum. Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum.

Mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan di akhirat.

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Apa yang hendak dikeluarkan
-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.

-          kerajaan menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.
-          kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.




-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang halal.
-          kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.
Berapa yang hendak dikeluarkan
-          diselesaikan melalui mekanisme harga.

-          kerajaan menentukan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat.






-          diselesaikan melalui mekanisme harga.
-          kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.
-          diselesaikan melalui mekanisme harga.
-          kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.
Bagaimana hendak keluarkan
-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

-          kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kebajikan masyarakat.
-          biasanya intensif buruh dipilih untuk mengurangkan kadar pengangguran.
-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap.
-          kerajaan campur tangan untuk memastikan pengeluar tidak mengabaikan kesan luaran negatif.




Untuk siapa dikeluarkan
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.
-          kebajikan masyarakat tidak diutamakan.
-          barang dan perkhidmatan diagihkan secara samarata kepada rakyat.
-          biasanya sistem catuan akan digunakan.
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.
-          kerajaan menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan.
-          melalui sistem zakat, golongan kaya akan membantu golongan miskin.
-          kerajaan juga menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.





No comments:

Post a Comment