Friday 4 November 2011

Nota bab 1:pengenalan ekonomi


BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

MAKSUD EKONOMI
Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Kata Kunci:
- sumber ekonomi yang terhad
- kehendak manusia yang tidak terhad


Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran
1.      Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU)
2.      Buruh – manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
3.      Tanah – sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan.
4.      Modal – alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses pengeluaran.
5.      Usahawan – individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan.

Kata Kunci:
1.      Buruh – tenaga fizikal dan mental
2.      Tanah – sumber semulajadi
3.      Modal – alat ciptaan manusia
4.      Usahawan – menggabungkan sumber-sumber ekonomi


Kehendak Manusia
Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan.




UNIT EKONOMI / PELAKU EKONOMI
1.      Terdiri daripada isi rumah, firma, dan kerajaan.
2.      Isi rumah – individu, sekumpulan individu ataupun sekeluarga yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama.
3.      Firma – organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
4.      Kerajaan – pemerintah sesebuah negara.

Kata Kunci:
1.      Isi rumah – tinggal bersama – membuat keputusan ekonomi bersama
2.      Firma – merancang penggunaan sumber ekonomi – keluarkan barang dan perkhidmatan
3.      Kerajaan - pemerintah


MASALAH EKONOMI
1.      Terdiri daripada kekurangan, pilihan, kos lepas.
2.      Masalah kekurangan berlaku disebabkan sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak manusia tidak terhad.
3.      Manusia terpaksa membuat pilihan.
4.      Pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan menjadi kos lepas.


Isi Rumah
Firma
Kerajaan
Kekurangan
Pendapatan
Sumber ekonomi
Pendapatan negara
Pilihan
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan keuntungan
Memaksimumkan kebajikan masyarakat
Kos Lepas
Barang dan perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Keluaran / Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan






JENIS BARANG
1.      Terdiri daripada barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.
2.      Boleh dibandingkan dari segi berikut:

Ciri-ciri
Barang Percuma
Barang Awam
Barang Ekonomi
Pengeluar
Tuhan / Semulajadi
Kerajaan
Firma / Swasta
Penawaran
Tidak Terhad
Terhad
Terhad
Kos Lepas
Tidak Wujud
Wujud
Wujud
Bayaran
Tidak Perlu
Tidak Perlu
Perlu
Pengecualian
Tidak Ada
Tidak Ada
Ada
Contoh
Air Hujan, Udara, Cahaya Matahari
Stesen Bas, Lampu Jalan, Jalan Raya
Baju, Kereta, Pen, Telefon Bimbit



MASALAH ASAS EKONOMI
1.      Apa yang hendak dikeluarkan
-          Penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan
-          Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
2.      Berapa yang hendak dikeluarkan
-          Penentuan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
-          Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
3.      Bagaimana hendak dikeluarkan
-          Penentuan kaedah / teknik pengeluaran (intensif buruh atau intensif modal)
-          Ditentukan berdasarkan kos minimum atau kecekapan maksimum
4.      Untuk siapa hendak dikeluarkan
-          Penentuan sasaran pengguna / corak agihan barang dan perkhidmatan
-          Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat

No comments:

Post a Comment