Saturday, 5 November 2011

Malam raya aidil adha


Salam,,,,..
tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini bila kita dapat berkumpul bersama keluarga..itulah istemewanya keluarga aku..samaada aidil fitri atau aidil adha kemeriahannya tetap sama.Kami sama2 berkumpul  dan melakukan aktiviti menyambut aidil adha dengan gembira.

Lemang..
Percayalah dalam kepayahan mencari buluh serta berjuang menentang nyamuk dan miang semasa memilih buluh2 lemang...semuanya tidak seberapa berbanding keseronokan bersama keluarga menyambut aidil adha,walaupun se sukar manapun memasukkan daun pisang dan pulut ke dalam buluh lemang ianya tetap berbaloi.Walaupun peluh yang menitis menahan bahan api yang membara...namun semuanya bagaikan tidak terasa bagi kami

Kari ayam,rendang,sambal rebung dan sambang kacang
tidak ada masakan yang seindah masakan ibuku,datanglah cheff atau master masakan ibuku  tetap yhang terlazat.Mana ada cheff yang mampu memasak sambal rebung seperti ibuku untuk dicicah bersama ketupat,tidak ada dan pasti tiada.

Besok aidl adha..

Selamat hari raya aidil adha buat semua...walaupun lagu raya tidak berkumandang d radia atau d TV, aku tetap mampu melagukannya sendiri,,,

Takutlah neraka Allah


AHLI-AHLI NERAKA DAN KESENGSARAANNYA.

PENDAHULUAN

Islam adalah agama contoh di muka bumi ini yang diturunkan oleh Allah s.w.t  melalui Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia. Didalam agama islam terdapat aturan-aturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh penganutnya demi kebaikan alam sejagat di dunia dan kehidupan abadi di akhirat kelak.
Dunia ini diumpamakan sebagai sebuah ladang untuk bercucuk-tanam dan bagi orang-orang yang beriman dunia ini adalah satu ujian besar yang perlu ditempuhi oleh mereka. Ini kerana satu dunia lagi yang kekal selama-lamanya akan di tempuhi iaitu Negara akhirat. Di Negara akhirat nanti dua jenis negeri akan diduduki iaitu syurga dan neraka dimana syurga adlah tempat bagi orang-orang yang beriman manakala neraka adlah negeri bagi orang-orang yang kufur kepada Allah s.w.t.
Didalam tugasan ini kami akan menerangkan serba-sedikit yang termampu mengenai neraka dan ahli-ahlinya serta azab-azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang kufur disisi Allah s.w.t.


Ingatlah firman Allah s.w.t;
Dan ingatlah hari ketika musuh-musuh Allah dibawa ke dalam neraka lalu mereka dikumpulkan semuanya (Fussilat:19)
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang mereka lakukan. Sebagaimana firman Allah:
Demikianlah balasan terhadap musuh-musuh Allah iatu neraka, mereka mendapat tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai pembalasan atas keingkaran mereka kepada ayat-ayat kami (Fussilat:28)
Dalam satu keterangan disebutkan bahawa ketika musuh Allah dihalau ke neraka, maka muka-muka mereka bertukar menjadi hitam gelap, penglihatan menjadi kabur, hatinya gementar dan mulutnya terkunci.
Setibanya di pintu-pintu nereka, mereka sudah dihadang oleh para malaikat Zabaniyah (Malaikat perkasa yang menyeksa ahli neraka) dengan membawa rantai dan belenggu serta cambuk dari besi. Lalu kaki dan tangan mereka diikat, kemudian diseret mukanya serta dilemparkan ke dalam api neraka yang bergelojak. Para malaikat turut memukul dan menyeksa mereka menggunakan palu yang diperbuat daripada besi. Jika mereka ingin keluar dari neraka, maka dilemparkan semula ke dalam neraka dan dikatakan kepada mereka:
Rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu mendustakan (As-Sajadah: 20)


Keadaan Ahli Neraka
Al-Quran mengisyaratkan dengan jelas keadaan ahli neraka itu sentiasa diliputi oleh rasa takut dan khuatir, bersedih, menyesal, letih, dahaga dan dalam keadaan hina. Mereka di dalam neraka akan saling jerit menjerit minta dikeluarkan dari neraka dan ingin segera mati. Tetapi apa yang mereka harapkan itu tidak dihiraukan. Keadaan ahli neraka semuanya kurus, badan mereka luka parah akibat bersentuhan dengan api yang menyala-nyala serta azab yang sangat pedih. Keadaan mereka juga amat dasyat, setegah mati dan setengah hidup. Ini sebagaimana firman Allah:
Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. iaitu orang yang akan memasuki api yang benar (neraka). Kemudian dia tidak mati dan tidak pula hidup di dalamnya (Al-A’la:11-13)
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)
Maksud tidak mati di sini ialah mereka selalu merasakan azab dan maksud tidak hidup pula ialah hidup yang dapat digunakan untuk bertaubat
Di dalam neraka, mereka juga diberikan makanan dan minuman namun apa yang disediakan untuk mereka sangat menggerunkan bagi orang yang beriman kerana ia tidak dapat mengenyangkan dan tidak dapat menghilangkan keletihan. Firman Allah:
Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar (Al-Ghasiyah: 7 )
Mereka juga diberikan pakaian, namun pakaian itu daripada api yang sudah tentu membakar tubuh sesiapa sahaja yang memakainya. Oleh itu pada hakikatnya keadaan ahli neraka itu sentiasa dalam kesengsaraan dan tidak pernah lepas dari ancaman seksaan yang sangat pedih.

Didalam ayat lain menyebutkan, bahawa ahli neraka berada dalam keadaan cacat akibat dibakar oleh api neraka. Firman Allah swt:
Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Rupa Ahli Neraka
Didalam al-Quran diterangkan dengan jelas bahawa bentuk wajah ahli neraka sudah kelihatan terhina sejak datangnya hari kiamat kelak. Ini akibat dari kekufuran dan berbagai dosa yang telah dilakukan selama hayatnya di muka bumi ini. Walaupun dahulu ketika di dunia mereka mempunyai wajah yang hensem, lawa dan menawan, tetapi di akhirat nanti wajah mereka segera bertukar menjadi hina dan hodoh.
Ini kerana mereka tidak mahu beriman, tidak pernah mendirikan solat, tidak pernah berpuasa dan tidak pernah melakukan apa jua ibadah. Wajah mereka menjadi hitam melegam, hangus dan kelihatan muram seperti ditiup debu. Ini bukannya suatu yang karut dan berlebihan tanpa bukti tetapi ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dibohongi atau diragukan lagi. Sebab Allah sw berfirman di dalam al-Quran:
Banyak muka pada hari kimat tunduk terhina (al-Ghasiyah:2)
Ingatlah akan hari yang di waktu itu ada muka menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam muram. Dikatakan kepada mereka orang-orang yang wajahnya menjadi hitam dan muram ‘kenapa kamu kafir selepas kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu (Ali Imran)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
Dan banyak pula wajah pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka (Abasa:40-42)

Soolan Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1-Bab 3


Menjelang peperiksaan SPM ada baiknya pelajar-pelajar ekonomi Asas cuba jawab soalan bab 1 hingga 3 kertas 1 sambil makan daging korban:

Contoh soalan

1                     Ekonomi dapat ditakrifkan sebagai kajian bagaimana
A     individu membuat keputusan menggunakan sumber-sumber terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
B     memperolehi wang
C     kerajaan patut menyelesaikan masalah pengangguran dan inflasi
D     menghapuskan masalah sumber-sumber yang terhad

2                     Sumber merupakan sesuatu yang
A     digunakan utk mengeluarkan brg dan perkhidmatan
B     wujud secara semulajadi dan bukan dicipta oleh masyarakat
C     wujud di mana kuantitinya tidak terhad
D     dikeluarkan oleh firma

3                     Oleh kerana sumber-sumber adalah terhad
A     kos lepas adalah kosong
B     manusia harus membuat pilihan antara pelbagai alternative
C     semua kehendak dan keinginan manusia boleh dipenuhi
D     harga sumber-sumber adalah tetap

4                     kereta
                               
                             14
                                               
                                                            D
                             



                                                                                Pakaian
                      Titik D boleh dicapai jika ekonomi tersebut
                      A       mengurangkan harga
                      B       mengurangkan upah
                      C       meningkatkan kualiti pekerjanya
                      D       menggalakkan penghijrahan

5                     Hukum permintaan menyatakan
A     terdapat hubungan positif antara harga dan kuantiti diminta
B     Cuma harga sahaja sebagai penentu yang mempengaruhi kuantiti yang sanggup diminta dan dibayar oleh orang ramai
C     harga dan kuantiti diminta mempunyai hubungan songsang
D     keluk permintaan akan beralih jika harga barang tersebut berubah
6              harga
                   D3
           D2
  D1





                                Kuantiti pizza
                Merujuk kepada rajah di atas, penurunan kuantiti
diminta ditunjukkan oleh pergerakan
A             dari D2 ke D1
B             dari D2 ke D3
C             disepanjang D2 dari titik B ke titik A
D             disepanjang D2 dari titik B ke titik C

7              harga
                                D                     S
              40
              30
              20



                                                                                Kuantiti kasut
                Merujuk kepada rajah di atas pada tingkat harga
RM40 terdapat lebihan
A             permintaan sebanyak 75 unit kasut
B             penawaran sebanyak 75 unit kasut
C             permintan sebanyak  25 unit kasut
D             permintaan sebanyak 50 unit kasut

8              harga



                                 D2
                  6           D1                                           S
                4                                              B
                3                         A
            1.50



                                                                                Qty
Merujuk  kepada rajah di atas pada mulanya pasaran berada pada titik keseimbangan di titik A. Jika permintaan beralih daripada D1 ke D2, tingkat harga keseimbangan yang baru ialah _____ dan kuantiti keseimbangan yang baru ialah ______.
A             RM 4 , 350
B             RM 3 , 250
C             RM 3 , 400
D             RM 4 , 300

9                     Pergerakan disepanjang keluk permintaan dikenali sebagai perubahan dalam
A     permintaan
B     kos lepas
C     kuantiti diminta
D     kesan penggantian

10                 keanjalan permintaan harga mengukur bagaimana tindak balas
A     pembeli terhadap perubahan pendapatan
B     penjual terhadap perubahan harga
C     pembeli terhadap perubahan harga
D     penjual terhadap perubahan pendapatan pembeli

11                 Apabila kuantiti permintaan cuma bertindak balas sedikit sahaja akibat perubahan harga, maka permintaan dikatakan
A     anjal satu              B             anjal
C     tidak anjal            D             tidak anjal   
                                                  Sempurna

12                 Jika peningkatan harga sebanyak 3% bagi barang X akan menyebabkan kuantiti permintaan turun sebanyak 3%, keanjalan permintaan harga bagi barang X ialah
A     1                              B             3
C     0                              D             infiniti

13                 Permintaan dikatakan tidak anjal jika nilai keanjalan ialah
A     kurang dari 1
B     sama dengan 1
C     sama dengan 0
D     lebih besar dari 1

14                 Keanjalan permintaan adalah berhubung kait dengan kecerunan keluk permintaan . Jika pembeli bertindakbalas lebih terhadap perubahan harga, keluk permintaan akan menjadi
A     lebih curam
B     beralih kesebelah kanan
C     lebih landai
D     menghampiri paksi tegak.

15                 Manakah antara berikut adalah benar?
A     pembeli menentukan penawaran dan penjual menentukan permintaan
B     pembeli menentukan permintan dan penjual menentukan penawaran
C     pembeli dan penjual secar berkumpulan menentukan penawaran
D     pembeli dan penjual secara berkumpulan menentukan permintaan

16                 Dua barang dikatakan pengganti jika penurunan harga sesuatu barang akan
A     meningkatkan permintaan untuk barang lain
                B             mengurangkan permintaan barang lain
                C             mengurangkan kuantiti diminta untuk
barang yang lain
                D             meningkatkan kuantiti diminta untuk barang
lain

17           Barang B merupakan penggenap kepada barang A jika harga barang B turun ia akan
                A             mengurangkan permintaan barang A
                B             meningkatkan permintaan barang A
                C             mengurangkan permintaan barang A terlebih
dahulu kemudian meningkatkan permintaan
barang A
18           Kedua-dua keluk permintaan dan penawaran
                A             mempunyai cerun negative
                B             mempunyai cerun positif
                C             menghubungkan kuantiti dan harga
                D             menggambarkan tindakan para pengeluar.

19           Kemajuan teknologi akan mengalihkan
                A             keluk permintaan ke kiri
                B             keluk permintaan ke kanan
                C             keluk penawaran ke kiri
                D             keluk penawaran ke kanan

20           Ahli ekonomi boleh membezakan di antara barang normal dan barang bawahan dengan menggunakan
                A             keanjalan permintaan harga
                B             keanjalan penawaran harga
                C             keanjalan permintaan pendapatan
                D             keanjalan permintaan silang

21           Penjual buah epal menganggarkan jika menurunkan
harga dari RM2.50/kg kepada RM2.00/kg , dia akan menambahkan jualan daripada 500 kepada 650 kg dalam sehari.
I              kirakan keanjalan permintaan harga bagi
epal.       (3m)
                II             Nyatakan jenis keanjalan epal.       (1m)

Friday, 4 November 2011

SELAMAT HARI RAYA KORBAN



SALAM BUAT SEMUA...

Dua hari lagi hari raya aidil adha bakal menjelang.semasa aku kecil dulu emak aku kata hari raya korban.aku pun tak faham sangat apa tu korban dan tak ada sapa2 nak terangkan pada aku.sekarang aku dah faham sebab saban waktu dari khutbah jumaat,media massa,ustaz terlatih n ustaz kedai kopi pun pandai cerita pasai qaya korban.Hari ahad ni buka la TV ada mesti cerita pasal korban..hinggakan Artis yang biasanya mengorbankan aurat dia dengan keseksian pun pandai cerita pasai korban..

Masa aku kecik2 dulu aku tak seronok sangat nak sambut qaya korban pasai tak best,,,tak dak mercun...tak dak baju baru...kuih qaya pun tak banyak dan yang pasti tak dak duit qaya...hahahaa...kalau dikenangkan masa dulu kalau ada la tuan rumah bagi duit raya dua kupang..pergggghhh kira lompat satu kampung la..tapi lani bagi duit syiling budak2 pandang muka kita semacam saja,pastu bisik-bisik dan seterusnya sure mengumpat...

Tapi....walaubagaimanapun dulu2...ianya tetap indah..kalau ada mesin macam time tunnel atau back to the future teringin aku nak korbankan diri aku balik ketahun 1980an kembali..best la..rasa teringin nak tengok ikan puyu dan haruan melompat atas bendang jadi habuan untu kami korbankan buat pekasam,,,bila hujan turun,teringin nak ajak kawan berenang sungai dan buat terjun maut atau kawan-kawan aku kata PLEttt...teringin juga nak main gasing,wau,galah panjang,zero-point (ada kenangan ni)..macam2 aku rasa nak buat...tapi mana mungkin.semua masa telah terkorban bersama ramai teman2 sepermainan aku yang telah terkorban

Dulu aku teringin nak dewasa...tapi hakikatnya bila kita dewasa ianya tak la best sangat..sebab kita banyak kena berkorban walaupun kita jarang2 melakukan korban.yang dituntut tuhan..

Berbalik kepada hari raya korban...walaupun aku tak berkorban tahun ni..sekurang-kurangnya aku telah berkorban sebagai seorang anak,abah,suami dan karier aku.bukankah banyak  masa telah aku korbankan untuk anak murid aku.tidakkah itu pengorbanan  namanya.hingga kini aku cuba berkorban  untuk menjadi pendidik yang terbaik dikalangan yang kadang2 mengaku kononnya dia terbaik,tapi macam kata azwan ali ada aku kisah..sebab pahala bukan manausia yang bagi.

Tahun ni aku rasa dah banyak aku berkorban,,,,,tapi aku tak perlu cerita semua tu..tahun depan aku pasti akan terus berkorban untuk semua dan yang paling penting buat karier sebagai sebagai pendidik.buat semua warga pelajar selagi ada kudrat aku akan berkorban untuk memberikan input-input ilmu untuk semua.

Teringat aku bait-bait lagu P.Ramlee...

Berkorban apa saja harta ataupun nyawa
itu kasih mesra sejati dan mulia..

Salam  aidil adha buat semua...wasssalam..

BERUNTUNGNYA MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU


GANJARAN PENGORBANAN ISTERI DAN IBU *PAHALA WANITA

MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

JANGANLAH DURHAKA PADA SUAMI WAHAI ISTERI..


BALASAN ISTERI YANG MENDERHAKA SUAMI
balasan Kerana Derhaka Kepada Suami Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israil berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita disebabkan penyakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.

Satu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekali gus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar perlahan-lahan sebuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusapkan rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi terlupa menunaikan nazar yang dilafazkan ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya.

Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah." Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidurnya. Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Perasaan takut telah menerjah-nerjah nalurinya.

Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini... semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. "Apa lagi galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi.. bukankah kubur hanya untuk orang mati?". Soal si anak penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya Allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba.

Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan air mata, si ibu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku daripada kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."

Dalam keadaan serba salah si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kukur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib sibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa meohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.

Didalam kubur, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luan. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya disebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh. Didapati ada suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila di intainya ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.

Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami" pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, seekor lagi datang mematuk- matuk kepala wanita berwajah muram itu.

Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemulian ini?" tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana kamu lihat." Setelah itu, si ibu tadi bertanya pula kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan yang soleh, tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku sering kali derhaka kepada suamiku." Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku... maka itulah Allah jadikan kubur ini tempat penyiksaan. "Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya Allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.

Tujuh hari kemudian,setelah tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelaki ibu tadi sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluluh kampung bahawa si ibu telah kembali semula selepas seminggu dikebumikan.

Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara. "Dialah arwah isteri saya" kata lelaki itu sayu. "Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana," jelas ibu itu. "Baiklah... aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya," sambung lelaki itu lagi.

Aneh, malam itu si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.

Bab 1:sistem-sistem ekonomi


CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI

Ciri-ciri
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Milikan Sumber
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber.
Kerajaan sahaja yang memiliki sumber.
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Tuhan memiliki sumber. Manusia menjadi pemegang amanah sahaja.


Pilihan
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan.
Kerajaan sahaja yang membuat pilihan.
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Pembuat Keputusan
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan.
Kerajaan sahaja yang membuat keputusan.
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Penentuan Harga
Harga ditentukan oleh mekanisme harga.
Kerajaan sahaja yang menentukan harga.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Persaingan
Isi rumah dan firma bebas bersaing.
Tidak wujud persaingan.
Isi rumah dan firma bebas bersaing dengan kawalan undang-undang kerajaan.
Isi rumah dan firma bebas bersaing secara adil dan saksama dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan.

Motif
Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum.
Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum.
Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum. Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum.

Mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan di akhirat.

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi
Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Islam
Apa yang hendak dikeluarkan
-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.

-          kerajaan menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.
-          kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.




-          pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang halal.
-          kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.
Berapa yang hendak dikeluarkan
-          diselesaikan melalui mekanisme harga.

-          kerajaan menentukan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat.






-          diselesaikan melalui mekanisme harga.
-          kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.
-          diselesaikan melalui mekanisme harga.
-          kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.
Bagaimana hendak keluarkan
-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

-          kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kebajikan masyarakat.
-          biasanya intensif buruh dipilih untuk mengurangkan kadar pengangguran.
-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

-          pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap.
-          kerajaan campur tangan untuk memastikan pengeluar tidak mengabaikan kesan luaran negatif.




Untuk siapa dikeluarkan
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.
-          kebajikan masyarakat tidak diutamakan.
-          barang dan perkhidmatan diagihkan secara samarata kepada rakyat.
-          biasanya sistem catuan akan digunakan.
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.
-          kerajaan menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.
-          diselesaikan melalui corak agihan pendapatan.
-          melalui sistem zakat, golongan kaya akan membantu golongan miskin.
-          kerajaan juga menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.