BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
MAKSUD EKONOMI
Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Kata Kunci: - sumber ekonomi yang terhad - kehendak manusia yang tidak terhad |
Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran
1. Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU)
2. Buruh – manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
3. Tanah – sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan.
4. Modal – alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses pengeluaran.
5. Usahawan – individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan.
Kata Kunci: 1. Buruh – tenaga fizikal dan mental 2. Tanah – sumber semulajadi 3. Modal – alat ciptaan manusia 4. Usahawan – menggabungkan sumber-sumber ekonomi |
Kehendak Manusia
Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan.
UNIT EKONOMI / PELAKU EKONOMI
1. Terdiri daripada isi rumah, firma, dan kerajaan.
2. Isi rumah – individu, sekumpulan individu ataupun sekeluarga yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama.
3. Firma – organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
4. Kerajaan – pemerintah sesebuah negara.
Kata Kunci: 1. Isi rumah – tinggal bersama – membuat keputusan ekonomi bersama 2. Firma – merancang penggunaan sumber ekonomi – keluarkan barang dan perkhidmatan 3. Kerajaan - pemerintah |
MASALAH EKONOMI
1. Terdiri daripada kekurangan, pilihan, kos lepas.
2. Masalah kekurangan berlaku disebabkan sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak manusia tidak terhad.
3. Manusia terpaksa membuat pilihan.
4. Pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan menjadi kos lepas.
Isi Rumah | Firma | Kerajaan | |
Kekurangan | Pendapatan | Sumber ekonomi | Pendapatan negara |
Pilihan | Memaksimumkan kepuasan | Memaksimumkan keuntungan | Memaksimumkan kebajikan masyarakat |
Kos Lepas | Barang dan perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan | Keluaran / Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan | Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan |
JENIS BARANG
1. Terdiri daripada barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.
2. Boleh dibandingkan dari segi berikut:
Ciri-ciri | Barang Percuma | Barang Awam | Barang Ekonomi |
Pengeluar | Tuhan / Semulajadi | Kerajaan | Firma / Swasta |
Penawaran | Tidak Terhad | Terhad | Terhad |
Kos Lepas | Tidak Wujud | Wujud | Wujud |
Bayaran | Tidak Perlu | Tidak Perlu | Perlu |
Pengecualian | Tidak Ada | Tidak Ada | Ada |
Contoh | Air Hujan, Udara, Cahaya Matahari | Stesen Bas, Lampu Jalan, Jalan Raya | Baju, Kereta, Pen, Telefon Bimbit |
MASALAH ASAS EKONOMI
1. Apa yang hendak dikeluarkan
- Penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan
- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
2. Berapa yang hendak dikeluarkan
- Penentuan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
3. Bagaimana hendak dikeluarkan
- Penentuan kaedah / teknik pengeluaran (intensif buruh atau intensif modal)
- Ditentukan berdasarkan kos minimum atau kecekapan maksimum
4. Untuk siapa hendak dikeluarkan
- Penentuan sasaran pengguna / corak agihan barang dan perkhidmatan
- Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat
No comments:
Post a Comment