CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI
Ciri-ciri | Kapitalis | Perancangan Pusat | Campuran | Islam |
Milikan Sumber | Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber. | Kerajaan sahaja yang memiliki sumber. | Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber dengan kawalan undang-undang kerajaan. | Tuhan memiliki sumber. Manusia menjadi pemegang amanah sahaja. |
Pilihan | Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan. | Kerajaan sahaja yang membuat pilihan. | Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan dengan kawalan undang-undang kerajaan. | Isi rumah dan firma bebas membuat pilihan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan. |
Pembuat Keputusan | Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan. | Kerajaan sahaja yang membuat keputusan. | Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan dengan kawalan undang-undang kerajaan. | Isi rumah dan firma bebas membuat keputusan yang halal dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan. |
Penentuan Harga | Harga ditentukan oleh mekanisme harga. | Kerajaan sahaja yang menentukan harga. | Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan undang-undang kerajaan. | Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan. |
Persaingan | Isi rumah dan firma bebas bersaing. | Tidak wujud persaingan. | Isi rumah dan firma bebas bersaing dengan kawalan undang-undang kerajaan. | Isi rumah dan firma bebas bersaing secara adil dan saksama dengan kawalan hukum syarak oleh kerajaan. |
Motif | Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum. | Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum. | Isi rumah bermotifkan kepuasan maksimum. Firma bermotifkan keuntungan maksimum. Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum. | Mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan di akhirat. |
PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI
Masalah Asas Ekonomi | Kapitalis | Perancangan Pusat | Campuran | Islam |
Apa yang hendak dikeluarkan | - pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran. | - kerajaan menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan. | - pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran. - kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta. | - pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang halal. - kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta. |
Berapa yang hendak dikeluarkan | - diselesaikan melalui mekanisme harga. | - kerajaan menentukan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat. | - diselesaikan melalui mekanisme harga. - kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran. | - diselesaikan melalui mekanisme harga. - kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran. |
Bagaimana hendak keluarkan | - pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan. | - kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kebajikan masyarakat. - biasanya intensif buruh dipilih untuk mengurangkan kadar pengangguran. | - pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan. | - pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap. - kerajaan campur tangan untuk memastikan pengeluar tidak mengabaikan kesan luaran negatif. |
Untuk siapa dikeluarkan | - diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat. - kebajikan masyarakat tidak diutamakan. | - barang dan perkhidmatan diagihkan secara samarata kepada rakyat. - biasanya sistem catuan akan digunakan. | - diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat. - kerajaan menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat. | - diselesaikan melalui corak agihan pendapatan. - melalui sistem zakat, golongan kaya akan membantu golongan miskin. - kerajaan juga menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat. |
No comments:
Post a Comment