ANALISA SOALAN
BAHAGIAN | A | B | C | D |
2000 | 45 - 47 | 2 | - | - |
2001 | 44 - 48 | 5 | ||
2002 | 14 - 18 | 33, 34, 35, 36 | - | 43 |
2003 | 14 - 18 | 5 | - | - |
2004 | 13 - 18 | 5 | 12 | 13 |
2005 | 14 - 18 | 4 | - | 14 |
2006 | 13 - 16 | 6 | 11 | |
2007 | 11 - 15 | 4 | 11 | - |
2008 | 18 – 21 | 5, 6 | - | 14 |
2009 | 16 - 19 | |||
2010 |
1. Definisi wang
1. Satu benda yang diterima umum oleh orang ramai sebagai alat perantaraan pertukaran untuk aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.
2. Kelemahan sistem barter
1. masalah kehendak serentak
- berlaku kerana keinginan dan kehendak berbeza
2. masalah menentukan nilai
- masalah berapakah kadar pertukaran antara kedua-dua barang.
3. kesukaran membahagikan kepada unit yang lebih kecil
- tidak boleh dibahagikan kepada unit-unit yang kecil
4. masalah menyimpan nilai
- mudah rosak
3. Ciri – ciri wang
1. Diterima umum
- Diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran
2. Penawaran terhad
- Mestilah terhad. Jika tidak menjejaskan kestabilan nilai wang
3. Kestabilan nilai
- Mesti mempunyai nilai yang stabil. Jika tidak orang ramai hilang kepercayaan terhadap wang.
4. Mudah dibahagi kepada unit yang kecil
- Boleh dibahagikan kepada RM1, RM5, dan RM10
5. Mudah dibawa
- Bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana
6. Tahan lama
- Mempunyai sifat tahan lama berbanding barang seperti sayur-sayuran.
4. Jenis – jenis wang
1. Wang sah/Fiat
- Diperakui oleh kerajaan dan merupakan matawang negara. Contohnya RM5, RM1.
2. wang tanda
- Nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai sandarannya. Contohnya wang syiling 50sen mempunyai nilai logam yang kurang daripada nilai mukanya.
3. wang hampir
- Boleh ditukarkan dalam bentuk tunai dengan mudah. Contoh sijil boleh niaga, deposit tetap, dan sekuriti kerajaan jangka pendek.
4. wang panggilan
- Harta cair sebuah bank perdagangan.
5. Nilai wang
· Nilai wang ialah kuasa beli wang untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan dan ditentukan oleh tingkat harga umum.
· Apabila tingkat harga umum naik nilai wang akan mengalami kemerosotan.
· Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga.
· Nilai wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga.
· Contoh pengiraan nilai wang;
Indeks harga tahun 1990 = 100
Indeks harga tahun 1991 = 120
Indeks nilai wang tahun 1991 = Indeks harga 1990 X 100
Indeks harga 1991
= 100 X 100
120
= 83.33
Perubahan nilai wang pada tahun 1991 = Indeks nilai wang 1991 – 100 X 100
100
= 83.33 – 100 X 100
100
= -16.67%
Ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% pada tahun 1991.
6. Fungsi wang
1. alat perantaraan pertukaran
- wang bertindak sebagai alat perantaraan dalam jual beli.
2. Alat pengukur nilai
- Dengan adanya wang kita dapat mengukur nilai sesuatu barang dengan mudah.
3. Alat penyimpan nilai
- Wang dapat menyimpai nilai dan tahan lama.
4. Alat bayaran tertunda
- Urusniaga dilakukan denganmelalui bayaran tertunda. Iaitu memperoleh barangan dan
membayarnya kemudian.
No comments:
Post a Comment