Menjelang peperiksaan SPM ada baiknya pelajar-pelajar ekonomi Asas cuba jawab soalan bab 1 hingga 3 kertas 1 sambil makan daging korban:
Contoh soalan
1 Ekonomi dapat ditakrifkan sebagai kajian bagaimana
A individu membuat keputusan menggunakan sumber-sumber terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
B memperolehi wang
C kerajaan patut menyelesaikan masalah pengangguran dan inflasi
D menghapuskan masalah sumber-sumber yang terhad
2 Sumber merupakan sesuatu yang
A digunakan utk mengeluarkan brg dan perkhidmatan
B wujud secara semulajadi dan bukan dicipta oleh masyarakat
C wujud di mana kuantitinya tidak terhad
D dikeluarkan oleh firma
3 Oleh kerana sumber-sumber adalah terhad
A kos lepas adalah kosong
B manusia harus membuat pilihan antara pelbagai alternative
C semua kehendak dan keinginan manusia boleh dipenuhi
D harga sumber-sumber adalah tetap
4 kereta
14
D
Pakaian
Titik D boleh dicapai jika ekonomi tersebut
A mengurangkan harga
B mengurangkan upah
C meningkatkan kualiti pekerjanya
D menggalakkan penghijrahan
5 Hukum permintaan menyatakan
A terdapat hubungan positif antara harga dan kuantiti diminta
B Cuma harga sahaja sebagai penentu yang mempengaruhi kuantiti yang sanggup diminta dan dibayar oleh orang ramai
C harga dan kuantiti diminta mempunyai hubungan songsang
D keluk permintaan akan beralih jika harga barang tersebut berubah
6 harga
D2
D1
Kuantiti pizza
Merujuk kepada rajah di atas, penurunan kuantiti
diminta ditunjukkan oleh pergerakan
A dari D2 ke D1
B dari D2 ke D3
C disepanjang D2 dari titik B ke titik A
D disepanjang D2 dari titik B ke titik C
7 harga
30
20
Kuantiti kasut
Merujuk kepada rajah di atas pada tingkat harga
RM40 terdapat lebihan
A permintaan sebanyak 75 unit kasut
B penawaran sebanyak 75 unit kasut
C permintan sebanyak 25 unit kasut
D permintaan sebanyak 50 unit kasut
8 harga
D2
4 B
Qty
Merujuk kepada rajah di atas pada mulanya pasaran berada pada titik keseimbangan di titik A. Jika permintaan beralih daripada D1 ke D2, tingkat harga keseimbangan yang baru ialah _____ dan kuantiti keseimbangan yang baru ialah ______.
A RM 4 , 350
B RM 3 , 250
C RM 3 , 400
D RM 4 , 300
9 Pergerakan disepanjang keluk permintaan dikenali sebagai perubahan dalam
A permintaan
B kos lepas
C kuantiti diminta
D kesan penggantian
10 keanjalan permintaan harga mengukur bagaimana tindak balas
A pembeli terhadap perubahan pendapatan
B penjual terhadap perubahan harga
C pembeli terhadap perubahan harga
D penjual terhadap perubahan pendapatan pembeli
11 Apabila kuantiti permintaan cuma bertindak balas sedikit sahaja akibat perubahan harga, maka permintaan dikatakan
A anjal satu B anjal
C tidak anjal D tidak anjal
Sempurna
12 Jika peningkatan harga sebanyak 3% bagi barang X akan menyebabkan kuantiti permintaan turun sebanyak 3%, keanjalan permintaan harga bagi barang X ialah
A 1 B 3
C 0 D infiniti
13 Permintaan dikatakan tidak anjal jika nilai keanjalan ialah
A kurang dari 1
B sama dengan 1
C sama dengan 0
D lebih besar dari 1
14 Keanjalan permintaan adalah berhubung kait dengan kecerunan keluk permintaan . Jika pembeli bertindakbalas lebih terhadap perubahan harga, keluk permintaan akan menjadi
A lebih curam
B beralih kesebelah kanan
C lebih landai
D menghampiri paksi tegak.
15 Manakah antara berikut adalah benar?
A pembeli menentukan penawaran dan penjual menentukan permintaan
B pembeli menentukan permintan dan penjual menentukan penawaran
C pembeli dan penjual secar berkumpulan menentukan penawaran
D pembeli dan penjual secara berkumpulan menentukan permintaan
16 Dua barang dikatakan pengganti jika penurunan harga sesuatu barang akan
A meningkatkan permintaan untuk barang lain
B mengurangkan permintaan barang lain
C mengurangkan kuantiti diminta untuk
barang yang lain
D meningkatkan kuantiti diminta untuk barang
lain
17 Barang B merupakan penggenap kepada barang A jika harga barang B turun ia akan
A mengurangkan permintaan barang A
B meningkatkan permintaan barang A
C mengurangkan permintaan barang A terlebih
dahulu kemudian meningkatkan permintaan
barang A
18 Kedua-dua keluk permintaan dan penawaran
A mempunyai cerun negative
B mempunyai cerun positif
C menghubungkan kuantiti dan harga
D menggambarkan tindakan para pengeluar.
19 Kemajuan teknologi akan mengalihkan
A keluk permintaan ke kiri
B keluk permintaan ke kanan
C keluk penawaran ke kiri
D keluk penawaran ke kanan
20 Ahli ekonomi boleh membezakan di antara barang normal dan barang bawahan dengan menggunakan
A keanjalan permintaan harga
B keanjalan penawaran harga
C keanjalan permintaan pendapatan
D keanjalan permintaan silang
21 Penjual buah epal menganggarkan jika menurunkan
harga dari RM2.50/kg kepada RM2.00/kg , dia akan menambahkan jualan daripada 500 kepada 650 kg dalam sehari.
I kirakan keanjalan permintaan harga bagi
epal. (3m)
II Nyatakan jenis keanjalan epal. (1m)
No comments:
Post a Comment